Wednesday, April 28, 2010

Bagaimana nak beli kereta dengan Zero Downpayment @ Full Loan?

Bagaimana nak beli kereta dengan Zero Downpayment @ Full Loan?

SYARAT ASAS PINJAMAN KENDERAAN:
1) Kiraan 1/3 atau 33.33% gaji pemohon mestilah melebihi daripada kiraan bayaran bulanan kereta yang akan dibeli (mengikut jumlah pinjaman yang dibuat).
2) Tidak Blacklist.
3) Warganegara Malaysia yang sah.

**************************************************
1. Pinjaman 100% - Skim Potongan Gaji / Biro Angkasa.

Bank mana?: Bank tertentu sahaja yang memberi tawaran pinjaman kenderaan 100% sebegini. Antaranya BANK RAKYAT dan bank-bank nasional lain yang membuka tawaran.

Siapa layak?: Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun atau GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan. Walaupun baru mula bekerja.

Bagaimana?: Pinjaman ini adalah Skim Potongan Gaji dengan kadar faedah yang agak tinggi iaitu sehingga 4.25% untuk tempoh pinjaman 10 tahun.

Nota: Skim Potongan Gaji ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan/potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% daripada baki gaji anda.

Dokumen yang perlu?:
a) Salinan IC
b) Salinan Lesen Memandu
c) Salinan Slip/Penyata Gaji 3 bulan terkini

**************************************************
2. Pinjaman 100% - Mark Up Model.

Bank mana?: Hampir semua bank yang menjadi bank panel pinjaman kenderaan.

Siapa layak?: Kakitangan Swasta, Kakitangan Kerajaan dan lain-lain.

Bagaimana?: Kaedah ini hanya akan berjaya jika anda buat pilihan untuk membeli kereta yang modelnya atau spesifikasinya di bawah daripada model yang tertinggi atau termahal. Contoh, pilih Model A, Proton Persona 1.6 AT M-Line RM53,300 untuk dibeli tapi mohon pinjaman untuk Model B, Proton Persona 1.6 AT SE RM59,800. Kaedah pinjaman 100% ini ditafsirkan apabila pemohon memohon 90% pinjaman untuk Model B iaitu hampir bersamaan (kurang sedikit atau lebih sedikit) dengan 100% pinjaman Model A. Bermakna pemohon tidak perlu membayar duit muka (downpayment) untuk membeli kereta Model A yang dipilih.
Lihat ilustrasi di bawah:



Gambarajah di atas menunjukkan pemohon dapat 100% pinjaman untuk model kereta yang dipilih berserta lebihan tunai RM520 melalui 90% pinjaman model kereta yang lebih tinggi.

Friday, April 23, 2010

Skim Gradhitz Bank Islam









Pembiayaan Kenderaan Gradhitz-i

Dapatkan kereta pertama anda selepas tamat pengajian
Pembiayaan Kenderaan Gradhitz-i.
Dengan pembiayaan 100%, sehingga 10 tahun.

Setelah berusaha gigih menamatkan pengajian, tiba masanya untuk anda memiliki kereta sendiri. Nikmati kemudahan pembiayaan 100% kami pada kadar yang mampu dibayar serta tempoh pembayaran semula yang fleksibel. Kini anda bersedia untuk menempuh gerbang kejayaan.

Manfaat:-

* Margin pembiayaan yang lebih tinggi - sehingga 100%
* Tempoh pembiayaan yang lebih lama - sehingga 10 tahun
* Kadar pembiayaan yang kompetitif untuk kereta model tempatan
* Kelulusan segera

Ciri-ciri:-

* Margin tersedia sehingga 100%
* Untuk pembiayaan kereta baru
* Hanya memerlukan seorang penjamin (jika perlu)
* Tempoh sehingga 10 tahun
* Umur pemohon kurang dari 30 tahun
* Tiada lesen memandu?, boleh memohon juga.

Kelayakan Gaji Minima?

Kelayakan Gaji pembeli kereta mempengaruhi kelulusan pinjaman kereta di Bank. Ramai yang tidak tahu bahawa bayaran bulanan Pinjaman Sewa Beli dipengaruhi dari Gaji Bulanan peminjam/pemohon. Saya akan tuliskan formula ini :

Pemohon berminat membeli ViVA 660 BX Manual dengan harga atas jalan adalah RM 25,300.00 dan bayaran bulanan RM 297.27 bagi tempoh 10 tahun.

Kelayakan Gaji Pemohon Minima : RM 891.81 (Gaji Bersih)

Formulanya : RM 297.27 X 3 : RM 891.81, formula ini digunakan oleh semua bank.

Jika gaji pemohon tidak melepasi formula diatas, kebiasaanya pihak bank akan meminta Penjamin.

Dokumen untuk permohonan pinjaman:-

* Salinan kad pengenalan
* Salinan lesen memandu
* Salinan sijil diploma/ijazah
* Surat tawaran/pengesahan/perlantikan jawatan
* Salinan slip gaji - 1 Bulan (jika ada)
* Salinan penyata bank - 1 Bulan (jika ada)

Proses:
1. Setelah dokumen lengkap di perolehi, permohonan pinjaman akan di hantar terus ke ibu pejabat(HQ) Bank Islam di tingkat 5, SME BANK, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
2. Penghantaran secara "by-hand", tidak perlu gusar, permohonan anda akan di proses.

Pilihan Perodua

Model Kereta Harga Atas Jalan Bayaran Bulanan(10 Tahun)
ViVA 660 BX Manual RM 25,300.00 RM 297.27
ViVA 660 EX Manual RM 28,900.00 RM 339.58
ViVA 850 Manual RM 32,900.00 RM 386.58
ViVA 1.0 Automatic RM 36,900.00 RM 433.58
ViVA ELITE MT Manual RM 37,900.00 RM 445.33
ViVA ELITE AT Automatic RM 40,900.00 RM 480.58
ViVA ELITE EZi Automatic RM 44,900.00 RM 527.58
Myvi SR 1.0 Manual RM 39,447.30 RM 463.51
Myvi SX 1.3 Manual RM 43,900.00 RM 515.83
Myvi EZ 1.3 Automatic RM 46,900.00 RM 551.08
Myvi SXi Premium 1.3 Manual RM 46,700.00 RM 548.73
Myvi EZi Premium 1.3 Automatic RM 49,700.00 RM 583.98
Myvi SE GHS Manual RM 50,400.00 RM 592.20
Myvi SE ZHS Automatic RM 50,400.00 RM 627.45
Myvi ZHL 1.3 Exclusive Edition Automatic RM 51,500.00 RM 605.13
Bayaran bulanan di kira berdasarkan kadar faedah 4.1% untuk 10 tahun

Pilihan Proton

Model Kereta Harga Atas Jalan Bayaran Bulanan(10 Tahun)
Saga 1.3 B-LINE Manual RM 36,998.00 RM 434.73
Saga 1.3 B-LINE Automatic RM 39,998.00 RM 469.98
Saga 1.3 M-LINE Manual RM 39,498.00 RM 464.10
Saga 1.3 M-LINE Automatic RM 41,998.00 RM 493.48
Saga 1.3 SE Manual RM 42,498.00 RM 499.35
Saga 1.3 SE Automatic RM 44,998.00 RM 528.73
Satria Neo 1.6 B-LINE/LITE Manual RM 43,900.00 RM 515.83
Satria Neo 1.6 B-LINE/LITE Automatic RM 46,900.00 RM 551.08
Satria Neo 1.6 M-LINE Manual RM 48,463.00 RM 569.44
Satria Neo 1.6 M-LINE Automatic RM 51,463.00 RM 604.69
Satria Neo 1.6 H-LINE Manual RM 51,763.00 RM 608.22
Satria Neo 1.6 H-LINE Automatic RM 54,763.00 RM 643.47
Satria Neo 1.6 CPS Manual RM 57,763.00 RM 678.72
Satria Neo 1.6 CPS Automatic RM 60,763.00 RM 713.97
Persona Elegance 1.6 B-LINE Manual RM 46,499.00 RM 546.36
Persona Elegance 1.6 B-LINE Automatic RM 49,999.00 RM 587.49
Persona Elegance 1.6 M-LINE Manual RM 52,999.00 RM 622.74
Persona Elegance 1.6 M-LINE Automatic RM 55,999.00 RM 657.99
Persona Elegance 1.6 H-LINE Automatic RM 59,499.00 RM 699.11
Bayaran bulanan di kira berdasarkan kadar faedah 4.1% untuk 10 tahun